mamamya

Wednesday 12 November 2008

Life is just a piece of paper?


I'm on duty yesterday.. hmm ada satu incident. My surbodinate sudah pukul isterinya. Aku cukup pantang kalau laki pukul bini..Xo sudah tazkirah budak nie. So lepas tu bini dia call nak cakap dengan pegawai. So aku la nak kena jawab sebab semua pegawai lain dah balik.. So aku pun layan la.. Rupa-rupanya dia dah buat report polis yang laki dia pukul. siap ada report doktor. Sambil menangis2 dia cakap saya tak nak bercerai dengan suami saya, saya sayang suami saya, anak asyik tanya ayah mana..anak nak jumpa ayah la.. dan bla..bla..bla.. lepas tu dia ckp nak dtg office nak jumpa laki dia.. aku pun sruh dia bersabar jgn dtg dulu sbb krang buatnya laki dia dok hangin laki tak pasal2 bertumbuk kat office adoiii.. masalah-masalah.. Lepas jumpa budak tu xo suruh gi tgk keadaan bini dia..bwk skali budak tu soh buat tazkirah.. (Hah? aku buat tazkirah?..belasah je la..) So aku pun pegi la umah dia.. wife umur 23, suami umur 24, anak umur 2 thn, kawin 3 tahun lebih..dalam perjalanan aku pun soal siasat la laki dia.. rupa-rupanya dah ada org ketiga..(Pantang betul aku org ketiga nie.. diaorang nie syaitan sebenarnya..menangguk di air keruh)... awek keje kat KL, bhg account petronas.. uish..hebat..lepasan U (hebat la..kalau hebat sgt cari la yg bujang buat ape kacau laki org)..bini dia takat SPM je..lepas tu dia kata bini dia nie baran, cemburu buta..bla..bla..bla..so keluar la semua yg tak baik pasal bini dia...(ooo sekarang semua la bini kau buruk..)Aku ckp la kat budak tu.. Kamu tahu tak barang siapa yg bersabar diatas keburukkan kelakuan isterinya, Allah akan bagi pahala sama mcm pahala yg Allah beri pada Nabi Ayub A.S atas cubaan yg dihadapinya"..dan bla..bla..bla..
Sampai je umah tgk bini muka muncung 14 inci.. aku pun soh la diaorg berbincang dulu.. sesama sendiri.. so aku tunggu kat luar.. ada kot sejam aku tunggu..lepas tu aku pun masuk utk memulakan tazkirah (chewahh.. dgn ilmu yg sejengkal nie..hahaha)
Kamu tahu tak sebelum sebelum kamu kahwin dan jadi ketua keluarga, adalah menjadi satu kewajipan melengkapkan diri kamu dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama sebagai persiapan membina keluarga?
Kamu sebagai isteri kamu tahu tak tanggungjawab dan batas2 kamu sebagai isteri?Kamu tahu tak syurga kamu di bawah tapak kaki suami kamu? (Chewaah intro.. Syurga aku besar beb.. saiz 11 hehehe...luv u dear..)
Kamu sbg suami..bla..bla..bla.. dan kamu sebagai isteri bla..bla..bla..
Menangis-nangis si bini ..(Insaf la kot..) Last sekali saya nak kamu salam suami kamu.. kamu cinta maaf.. (Hampeh..dgn sebelah tgn je dia cium tgn suami dia) Aku pun sound la.. mcm tu kamu salam suami kamu? Mcm tu kamu ajar isteri kamu?
Aiyooo itu pun nak kena ajar ker? isk..isk..isk..
So hari nie diaorg naik mahkamah utk rujuk balik.. mudah-mudahan berbaik-baik la semula... InsyaAllah..buang yg keruh amik yg jernih..


Pernikahan...

Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang.
Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain,
tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.
Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".

J I K A........
Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit olehkarena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat.... ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......cukuplah sekadar keperluanmu. .....
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menambalnya semula......
Akhirnya ia dibuang..... .
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... .
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.... .

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain.....
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya .....dan menyesal sudah tiada gunanya.

2 comments:

Miss Lili@ said...

nice entry kak hani! very informative...

hmm.. saya pun tak suka nak dengar, and tak paham sebenarnye, and tak boleh nak terima.. how can 2 married people yang sememangnya love each other so much (which is so obvious sebab kalau tak takkan la sampai boleh decide nak kawin kan) boleh feel out of love..

siGh.. takut sangat, sebab in the end people will normally say things like "ini adalah ketentuan Allah".. or "ini adalah soal hati, memang tak boleh nak buat ape2.."

mintak dijauhkan......

Unknown said...

Hmmmm susah jugak LIlia kalau dah berfikir dengan nafsu... Tapi yang penting sentiasa bersyukur dengan apa saja nikmat Allah.. bukan senang nak melayar bahtera.. semuanya tentang tanggung jawab dan amanah Allah.. belajar dari kesilapan.. Kak Hani pun bukan pandai sgt.. sekadar bercakap melalui pengalaman.. pengalaman mengajar dan mematangkan kita..(Cheewahhh...wow) hehehe..
Mudah-mudahan mahligai yang kita bina kekal ke akhir hayat.. InsyaAllah..