mamamya
Sunday, 16 November 2008
Koew Tiaw Kerang mummy mya
sebungkus kuehtiaw
3 ulas bwg putih - ditumbuk
satu sudu besar cili kering dimesin
1 ulas bawang besar dimesin
10 ekor udang
kerang ikut suka
3 biji telur
segenggam taugeh
segenggam kucai yang dipotong
satu sudu besar kicap mee
satu sudu besar sos tiram
sedikit gula dan garam secukup rasa
Cara-Cara:
Panaskan minyak
Goreng udang sehingga bewarna kemerahan@ masak kemudian keluarkan udang
tumis bawang putih hingga garing
masukkan cili dan bawang, masak hingga kering,
masukkan kicap mee dan sos tiram
masukkan garam dan gula sesedap rasa
biar seketika
masukkan kerang dan udang dan biar seketika
masukkan kueh tiaw, kacau hingga sekata,
buat satu bulatan ditenggah kueh tiaw dan letakkan sedikit minyak,
pecahkan telur di tengah2 kueh tiaw, kuatkan api, kacau telur hingga masak,
kemudian kacau telur bersama kueh tiaw,
masukkan kucai dan kacau,
akhir sekali masukkan taugeh..kacau dan tutup api..
tadaaaaa....
Good Luck hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment