mamamya

Monday 16 November 2009

Something wrong somewhere

Seminggu dua nie.. banyak benda unpredictable.. hmm iyea kot... xdijangka @ saja2 malas nak pikir yg jadi... but bila dah jadi terpaksa la kena pikir... dah musim2 nak cuti sekolah noe..byk la undangan2 perkahwinan.. kengkawan... sedara mara... teringat 9 tahun lepas.. hehehehe aku pun nikah hujung2 tahun.. pejam celik-pejam celik dah 9 tahun.. Banyak sungguh dugaan, halangan dan cabaran.. Sapa kata ikatan perkahwinan tu manis semata? ibarat kapal kadang2 kalau laut tu tenang... aman damai la... kadang2 kalau ribut taufan..hmmmm. Tapi being far apart fm each others its keep us stronger and makes our brain working double to maintain this kind of relationship.. (Thanks Allah for everything) but One thing for sure..Things happen for a reason.. Apa yg terjadi disekeliling banyak mengajar.. cuma cara kita memandang setiap masalah yg berlaku itu membezakan keputusan dan akibat yg kita akan dapat... Cuma kita kena ingat kita ni tidak sempurna, dan janganlah mengharapkan kesempurnaan dari orang lain.. cuma belajarlah dari kesilapan.. Pengalaman adalah guru terbaik.. belajarlah perlahan-lahan..asalkan kita belajar. Satu lagi walau sejahat mana pun kita, kembalilah pada Allah sekiranya kita bertemu jalan buntu..jangan cari penyelesaian yang lebih menyesatkan...
Haaa satu lagi, kengkadang aku xpaham, apasal ada org bila sakit hati, tak puas hati, mula panjang langkah nak jumpa bomoh, bomoh siam la, bomoh orang asli la macam2 bomoh boleh jumpa bila dah hati sakittttt.... (Nauzubillah.. minta dijauhkan la) Sampai nak membunuh2.. Apa punya manusia daa... kesimpulannya... pikir la sendiri.. jgn buat bende yg kita xsuka org buat pada kita.. kalau dok lawan santau menyantau nie... last2 2-2 mati... aiyokkk.. hishhhh kalau dah sakit hati sangat2 gi je la jumpa face to face.. sound direct, ibarat kata maznah hamid kemaafan ibarat pisau bedah yg menyembuhkan parut luka dihati, dengan kemaafanlah kita akan dapat menghilangkan rasa benci dan sakit hati, kemaafan dengan ikhlas okayy..(mampu ke aku? hehehehe cakap senang la..) tapi jangan la guna ilmu2 setan nie.. isk..Tuhan bayar cash okay...
One more thing, kenkadang kita lupa, hari nie Allah uji kita dgn dugaan dan pelbagai masaalah, itu tandanya Allah masih sayangkan kita, dia nak sedarkan kita, nak kita berfikir dan muhasabah diri.(sekadar mengingatkan diri sendiri uhuk :) )

Wednesday 11 November 2009

Lemahkah wanita?

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

--------------

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

-------------------

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

~sighhh kerdilnya diri ini...sempurnakah aku?~


taken fm pak belang blog...