mamamya

Monday 14 January 2008

Bagaimana utk menyayangi seseorang


1. Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda
meletakkan sesuatu perhubungan
berdasarkan perasaan, ianya akan
gagal kerana perasaan sentiasa berubah
dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa
dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk
mengubah apa-apa tentang dia kerana
sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya.
Tentu anda masih ingat, anda
terpikat padanya kerana dia adalah
dia. Maka, tiada alasan untuk
anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk
menjalin hubungan dengan seseorang
yang lebih sempurna tapi demi
cinta, dia telah memilih diri anda.
Maka, jangan sesekali cuba untuk
mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan
dia. Jangan anda merayu dan
jangan mencipta alasan supaya dia
menerima cinta anda kerana kelak,
yang anda akan dapat darinya hanyalah
cinta simpati dan bukannya
cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-
satunya
di dunia ini dan jangan mengharapkan
kesempurnaan dari dia kerana
dia telahpun cukup sempurna semenjak
anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita
juga mahukan sebegitu darinya.
Pastikan anda akan sentiasa
meletakkan diri anda di tempatnya
sebelum melakukan apa-apa. Jika
anda sendiri tidak dapat menerimanya,
apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia
untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan
berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang terakhir untuk anda
berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya
untuk dilukai tapi kepercayaan itu
penting. Percayalah kepadanya,
nescaya dia akan melindunginya sepenuh
jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan
hanya akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup
seperti biasa, ketahuilah bahawa
jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya
bukanlah satu kejayaan yang mutlak
tetapi anugerah itu hanya layak
anda perolehi setelah anda berjaya
menyayanginya sehingga ke akhir
hayat. Ketahuilah, dia memilih anda
adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya
upaya untuk memenangi cintanya,
maka dengan itu haruslah juga anda
berusaha untuk terus menyintai
dirinya dengan apa jua keadaan
sekalipun.

Tuesday 8 January 2008

Satu Kurniaan

Today baru 8 hari dalam pantang... baby keluar 30hb Dis 2007. On our anniversary yg ke 7. So kira hadiah to our anniversary ler this 2nd baby... diam x diam dah 7 thn kahwin.. After pahit dan manis... Only Allah knows... Syukur Alhamdulillah... Allah kurniakan 2 org puteri penyeri hidup.. After 5 years..dpt 1st daughter (my 1st daughter is a miracle to me after Tsunami in my life) ..another 2 years my 2nd daughter... my 1st week berpantang my mother in law jaga.. bkn nak cakap ler..1st class.. then kena balik umah sendiri coz my 1st daughter nak start sekolah.. apa lagi hari ke 7 berpantang dah kena hantar anak gi sekolah... nasib baik kereta auto... and bersalin normal.. so cepat recover..berbanding bersalin cesarean my 1st daughter... uiks.. get to go ler.. nanti aku sambung... bye..